My Blog

My Blog

Tuesday, July 17, 2012

-Create Post-


Salam..

Apa aku nak tulis ek, tidak ada apa sebenarnya just gatal je tangan nak update blog ini..sekarang aku tengah berdedikasikan diri means aku masih lagi di pejabat bertungkus lumus (yer ker?) menjalankan tanggungjawab sebagai pelapor Dewan yg berdedikasi. cewahhhhh...biorlah kan dah memang semua kitorang ni rajin...especially Unit Dokumentasi, Parlimen Malaysia ini. If tidak ada pelapor-pelapor yg cun-melecung semua ini susah Dewan hendak bersidang...ambik kau awal-awal aku dah memuji diri sendiri nampak sangat selama ni orang tak heran pun sapa ko kat Parlimen ini. hahahaha aghhh AAK!!!!!  Sebelum update lagi cer tengok gambar pelapor-pelapor dewan ni....



nama, nama awek2 cun ni tak payah sebutlah ya, sebab aku malas nak taip hahahaha



Ini sebahagian sahaja drpd kitorang sbb boleh dikatakan ada separuh lagi yg tidak ada termasuk lah editor-editor n bos-bos kitorang.

Aku masuk parlimen ini bulan 12 Tahun 2010.  Selama setahun lebih aku kerja kat sini aku rasa lain lah dari apa yg aku buat kerja sebelum ini tetapi ada tapinya....aku rasa bersyukur sangat sebab berpeluang kerja di Parlimen...dan kerjanya pun tidaklah susah mana cuma amat memerlukan kesabaran dan keusahaan yg jitu untuk mengabaikan rumahtangga buat sementara waktu memandangkan boleh dikatakan kitorang berada seharian di pejabat...Contohnya pernah kawan-kawan aku yg balik pada pukul 3 pagi memandangkan Dewan lambat habis bersidang...masa tu aku di hospital memandangkan masa tu Qisya masuk wad demam panas.  Tetapi itulah pengorbanan dari pelapor-pelapor dewan ini...dasyatkan...syabas betey......

Okey kita stop pasal office...sekarang sebut pasal nak raya...ikutkan dalam fikiran aku ni macam2 yg aku pk untuk menyambut raya kali ini...orang baru nak pose aku dah advance pasal raya...aduyai...opss sebelum aku termelalut yg lain aku nak guna minta maaf pada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....umat Islam di dunia ini yg terlibat atau tidak terlibat secara langsung dengan aku...sempena menyambut bulan yg mulia ini Ramadan Al-Mubarak....aku tau aku ni manusia biasa yg tidak lari drpd kesilapan...kalau ada yg bengang kat aku ke, sakit ati dengan aku ke, benci kat aku ke...sayang kat aku ke...tidak kiralah apa sahaja perasaan korang pada aku...aku nak minta ampun dari anak rambut sampai ujung jari kaki aku atas semua kesilapan aku pada korang.....ampunkan aku ek....sbb pagi tadi aku dengar tazkirah kat radio (wah dasat kan...) ustaz tu kata Allah itu bencikan kita kalau kita berbuat dosa sesama manusia....uishhh takut oi...apapun kalau yg tak nak maafkan tu x kisahlah janji aku dah minta maaf....

Story pasal anak2 aku...macam biasa...si abang long (Azim Naim) mcm biasa tengah relaks nak menghadapi PMR nanti...orang dah susah ati takut nak exam tapi dia relaks je...dah x larat dah aku nak bising suruh belajar...aku jer yg susah ati macam mana result dia nanti..bukan apa, kalau boleh aku nak jer masukkan dia ke sekolah sukan and hendak dia merasa duduk di asrama... tapi itu bukanlah tggjwab aku sebenarnya dan aku pun sebagai ibu tiri tidak ada hak untuk menentukannya tetapi as long as dia tinggal dengan aku so kejayaan dia samalah macam kejayaan aku jugak...cuma aku tak hendak nanti aku dipersalahkan jika tidak bertanggungjawab didik dia dengan betul...walau apapun aku cuba sedaya upaya aku menjalankannya...InsyaAllah selagi aku termampu...Tapi yg bestnya anak aku ni dah boleh harap jaga adik, boleh harap jaga rumah walaupun tidaklah menepati syarat2 yg ditetapkan oleh aku okeyyyyyy....

Abang ngah pulak (Nadim the naughty) macam itu jugalah...noti and also lazy...suruh belajar dia main2...kalau jaga adik boleh....tapi nanti gaduh je dengan adik dia...adik pun dengan Nadim asyik marah jer...x mcm dengan Abg Azim...takpelah....Kalau main bola...cepat sangat mentalnya...bila tidak dpt sumbat gol...dia emosi...marah-marah team mate dia...padahal dia main pun macam taik...ada hati nak marah2....apedaaaaaaaaaaaaa Nadim...

Si Qisya pulak sudah nampak dan mula menunjukkan kelasakan yg ketara serta mula untuk kepetahan yg tiada batasan...gigi baru 6 btg tetapi aduyai bisingnya mulut suka menjerit dan yg paling tak tahan sudah pandai melawan mama okey....geramnya aku...then bila kita marah dia...pandai pulak tu nak mengadu pada ayah dia....cehhhhhhhh ko ingat mama heran....sekali mama gigit jadi tarzan baru ko ada akai...Qisya dah cukup setahun 5 bulan...alhamdulillah setakat ini dia cepatlaa tangkap...tapi lasaknya ya amat...dengan memanjat, dengan menjerit, dengan mengadu, dengan mengada...macam2lah...hish kadang2 geram jer aku dengan dia....



So, weekend je aku mula lah bersilat segala jenis persilatan di rumah, dengan anak2 yg asyik nak bergaduh, dengan keje rumah yg tak pernah habis...dan melayan suami...(ish penting woo layan suami...) dengan menjadi cheerleader di tepi padang waktu anak2 boys main bola...dan macam2 lagi...cuma ketara perubahan aku ialah aku dah mula suka memasak...dulu asyik bagi alasan tidak tahu masak je tapi sekarang alhamdulillah aku dah pun menjinak2kan diri...barulah tau banyak safe bila kita masak...dan selalu rasa ingin mencuba resepi2 yg baru...walaupun aku xlah terror lagi tapi alhamdulillah berkat usaha aku call mak n akak2 aku, buku2 resepi, Internet....so aku rasa aku boleh lah jadi Masterchef juga satu hari ni tapi bukan masuk tv lah...cukuplah sekadar jadi masterchef untuk laki n anak2 aku je....hahahahah....janji belum lagi ada yg keracunan makanan....alhamdulillah...


Oklah kot cukuplah setakat ini aku meraban...aku pun nak solat maghrib jap memandangkan sekejap lagi nak masuk Dewan balik menjalankan tugas....layanlah gambar2 yer kalau sudilahhhhhhhhhhhhh

Chowwwwwwwwwwwwwwwww


Gambar aku dan Mr. jawss...masa balik kampung celebrate birthday Mak, Mr. jaws, Kak cik n Wo..(kash honam)



   Gambar semasa lawatan singkat kami ke Amsterdam...jelas2 kat belakang tu kat Dataran Merdeka je...hahaha

okeylah kot...cukup nanti orang muak kan....byeeeeeeeeeeeeeeeeeee

gambar pilihan kali ini...


                                  qisya the arumugam...makaseyyyyyyyyyyyyyyy

Wednesday, June 20, 2012

Macam-macam hal...

Salam....hallow...ape kabo dsbnya...malas nak taip semua...

lama dah aku x update blog..bukan sbb malas tapi sbb aku xde masa aku adalah seorang yg teramat bz dengan hal2 sendiri cewahhhh perasan kalau dah malas tuu tetap malas jugak kan...ikutkan banyak yg nak di 'share' dsini tp itulah kemalasan itu melanda diri sentiasa nak buat macam mana...

Mood dua tiga hari ni adalah amat tidak elok...sedih ada, marah ada, penat ada tp semua too pendam sendirilah kan...takkan nak tunjuk kat orang...cuma aku ni bila sedih aku suka lonely...buat hal sendiri...dan semalam pun aku leh kuar pusing2 atas sbb tension yg tiba2 melanda aku...x tau apa yg aku tensionkan...tp aghhhh sakit aa rasa macam ni...maybe faktor umur pun mungkin juga...asyik nak sentap je kan...tp biasalah aku kan manusia biasa...x lari dari semua ini...apapun aku cuba untuk menggembirakan hati aku segembira2nya...dengan aktiviti2 melayan running man yg kelakar nak MAMP....(sambil layan smbil gelak kuat2 hahaha maybe budak office aku kata aku gila kot...tp korang x tengok...so cer terei sekali tengok sure gelak korang lagi kuat dari aku kot...hahahah) dan aku ada aktiviti baru sekarang iaitu nyanyi karok dengan Qisya...hahaha smbil drive balik...sambil nyanyi2 dengan dia...perasaan adalah gembira sekali...yerlaa dengan keletah dia, dengan lasak dia, dengan manja dia buat kan aku hilang segala mala stress...oh mama rindu pulak dengan qisya...cepatlah balik...

apa lah yg aku meraban ni kan...gambar banyak tp malas gila aku nak up kan...stok dari balik kampung hari tuu sampailah hari APC kat office...nanti2 laa bila mood uplod gambar kat blog ada aku uplod tunggulaa setahun dua tahun lagi...hahaha bengong...mcm laa gambo ko cun n dasat....okelah dah x tau nak meraban merepek apa...apapun...semoga stress-mress aku ini akan cepat pergi dari diri aku.....pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (sambil kelip2 mata bajet comei)....


chowwwwwwwwwwwww

                          Gambar selingan gambar tuan blog n anak3 kesayangan.....

Wednesday, May 9, 2012

Secebis untuk mengingatkan diri...

Mana milik kita?


Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya


Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Salam semua...inilah salah satu nasyid yang aku akan sebak setiap kali aku dengar...bukan nak kata aku baik or apa cuma pada aku, aku ini terlalu hina di sisi Allah...inilah nasyid yg aku ulang-ulang dengar...dendangan Allahyarham Ustaz Asri...sedap sangat suara dia terus masuk dalam lubuk hati aku....

Dalam zaman sekarang aku rasa takut sangat sbb Allah bayar cash...aku dah banyak tengok in reality...takut2 pun tetap aku susah nak berubah...InsyaAllah...aku tak baik tetapi aku hendak berubah menjadi baik...semoga Allah mempermudahkan perjalanan atau perubahan aku ini....

Dari sudut aku seorang anak...aku tahu aku bukanlah anak yg baik...tetapi aku ingin berusaha menjadi anak yg solehah...aku tahu aku banyak buat salah pada mak abah aku...dan sekarang aku cuba membalas pengorbanan mak aku walaupun tak sempat untuk aku membalas pengorbanan abah....seperti tajuk nasyid...'Abah'...yg dipinjamkan pada aku telahpun dijemputNYA kembali...abah bukan milik aku selamanya....Al-Fatihah...untuk arwah abah...semoga abah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman...

Dari sudut aku sebagai isteri. inilah yg paling aku takut...aku terlalu banyak menderhaka pada suami aku..syurga aku skrg bwh tapak kaki suami aku...aku selalu curiga pada dia...aku selalu tidak puas hati...sedar tidak aku bahawa dia juga hanya pinjaman pada aku...bukannya milik aku di dunia ini...tetapi Ya Allah aku mohon padaMu biarlah menjadi milikku juga di akhirat nanti...InsyaAllah...

Aku sebagai ibu...aku tahu aku bukan ibu tiri yg terbaik...aku bukan ibu kandung yg terbaik juga...tapi aku ingin berusaha menjadi yg terbaik untuk anak2 aku...memang tidak ada sesiapa yg tahu apa yg aku rasa, sejauh mana syg aku pada anak2 tiri aku...biarlah aku x peduli apapun orang hendak pertikaikan...pada aku Allah itu ada dan yg paling penting kena ingat mereka juga bukan milik aku...bukan juga milik sesiapa tetapi mereka milik Allah...apapun semoga anak3 aku akan menjadi anak yg soleh dan solehah dan berjaya dalam hidup diorang...InsyaAllah Amin......

lastly aku akan sentiasa mengingatkan diri aku...bhw tiada yg menjadi milik kita selamanya...berusahalah menjadi yg terbaik di klangan yg terbaik...InsyaAllah...


Tuesday, May 8, 2012

Pembaharuan blog....

Salam Semua...

Setelah tahun bertukar dari 2011 ke 2012 aku baru terhegeh2 sekarang nak tukar rupe blog aku ni n baru ada niat nak berblog balik..bukan untuk apa2 cuma sekadar hendak melepaskan apa jua yg ada di hati aku n nak berkongsi dengan semua yg sudi sahajalah nak membaca blog aku ni ...yg x sudi...aku x kira nak paksa gak bagi baca hehehehe...oppss sorry mula dah bengong aku datang... aku saje2 nak berblog semula bukan apa dari aku asyik ngadap fb je n apa yg jadi sama ada sedih gumbira x dapat nak diimbas semula...so baik aku berblog balik untuk memuaskan hati, perasaaan, lelah, apa2 sahaja perasaan aku ni...

Hari ini aku tengah bersidang lagi Dewan Negara yang 'maybe' akan habis esok...selain dari mengumpul OT inilah tanggungjawab yg aku kena pikul...takkan nak makan gaji buta je kan...x berkat idup aku anak beranak...

Life aku sekrang ok...xde laa berubah sangat pun..cuma tanggungjawab too makin berat sikitla..tp aku happy dengan apa yang Allah berikan pada aku..Terima kasih Ya Allah...sesungguhnya aku bersyukur sangat padaMu....

En. Azmi seperti biasa sibuk dengan keje dan side business van dia too...kdg2 dengan aku2 sekali terjebak jugak...tp xpelah as long as dia happy dan nak menambah pendapatan keluarga kan...drpd dia duduk melepak biarlah dia dengan apa yg dia buat sekarang....boleh juga kami sekeluarga merasa hasilnya walaupun x seberapa...syukur Alhamdulillah....


Sibuk je Qisya ni tau...mama nak tangkap feeling romantik dengan ayah...

Muhammad Azim Naim...abang Azim...dah pun nak masuk 15 tahun...tahun ni PMR...moga dia lulus dalam PMR nanti walaupun nak suruh belajar sangatlah berat dia seberat mata dia bila bukak buku2 sekolah...tiap2 hari laa aku ni bising kat telinga dia too...heheh biarkan dia rasa....tapi dia abg yang baik...kdg2 dia laa tolong aku sidai kain, basuh baju dia sendiri n jemur...tolong jaga adik....apapun dialah abg long yang aku jaga sejak umur 9 tahun lagi...kasih syg too mana boleh hilang lenyap mcm too jer kan..

Cukup susah nak bergambar dengan ini budak...dah abang2 pemalu laa sangat....

Muhammad Azim Nadim...abg Nadim pulak dah pun cukup 9 tahun...makin nakal, makan ngade...tp abg yg baik jugak...walaupun dia tidak duduk dengan aku sepenuhnya tetapi abg nadim ni manja budaknya...sampai kdg2 terkeluar ngade2 dia...suka main sendiri n menyakat abgnya...Azim Naim...kalau belajar pun berat sangat bontot tapi kalau main or tengok TV memang champion...baru2 ni masuk paper...heheh baru2 ni masuk paper sbb main bola....bagus Nadim keep it up...


Baiknya muka Nadim masa ni yer....heheheh

Nur Qisya Khalishah...heheh budak busyuk mama...sekarang dah setahun 3 bulan...dah makin lasak, makin nak brcakap, makin ngade2 dan mcm2 lagi perangai dia buat dah sekarang ni...baru-baru ni masuk wad sbb food poisoning...erm..aku pun x tau apa yg dia makan tapi hati aku kuat katakan dia makan 'habuk'...bukan sbb mama dia x bagi makan tp ini budak suka kutip mengutip...geram aku...abis semua yg nampak even secarik kertas pun dia nak masuk mulut...semua nak rasa dengan lidah dia kot...so memang xleh biar dia sensorang...sbb ni laa...bila gaduh dengan abg2 sikit2 sebut no, no, no...xpun ayat skrg abg2 dia gak yg ajar...heppp, kuar smbil tangan tunjuk suruh keluar....mcm2 kerenah dia buat...tp xpelah semua kerenah anak2 ni sebenarnya penghibur ati aku...walaupun kadang2 mama jadi tarzan jugak tapi inilah pengorbanan seorang ibu kan...sekurang2nya Allah bagi aku peluang untuk menjadi ibu dalam erti kata sebenar...Alhamdulillah....


Budak busyuk mama....ngade sgt...


Aku pulak...makin lama makin laa berisi badan aku ni...tp nasib baik tidak laa lebih dari 70+ kg berat aku...masih maintain di bawah angka itu...entah bilalah...kdg2 dtg mood nak makan, makan je keje aku...tapi bila x nak sangat xler makan...tp selalunya datang mood nak makan jer hahahah manalah badan aku x mcm di pam2...tolongggg stress sgt tengok bdn aku ni...especially tang perut aku ni...hampagas sungguh...belilah set beautiful ke maltiful ke...bloodyful ke tp kalau dah dasar pemalas dan xnk berusaha baik aku diam je kan...stress2 x habis2 tapi usaha mcm taik jer...cehhh puiiii....muka pulak gunalah berjenis2 atau try banyak dah...jerawat ttp timbul gak...penat dah...ada doctor suggest sejenis ubat makan...tapi aku xleh pregnant n breastfeed so macam mana kan...takkan aku nak berhentikan bf anak aku pulak...walaupun x sepenuhnya bf tapi x sampai hati aku nak berhentikan...dia dah laa if ada aku susu botol dia campak jer...xpelah Qisya...mama x cantik pun xpe asal Qisya dapat minum susu mama kan...hehehe...aku sekrang ni nak juga dapat 2nd baby...but more kepada menyerah sahajalah...mksud aku kalau Allah hendak beri aku n hubby terima jer...x merancang apapun even aku banakkan Qisya operate....rasa macam syok je pengalaman pragnent itu...heheheh...moga Allah perkenankan doa kami...Amin...

erm..aku rasa cukuplah aku berhenti takat ni...buat masa ni...penat dah kerah otak sampai kuar2 peluh betina aku...eeewwww... hari ni nampak gayanya kena balik lambat lagi...Dewan maybe habis 10.30 malam n aku punya turn 2nd last masuk Dewan...what to do..kenalah tunggukan..tugas too...cewah dedikasi sungguh rupanya aku ni...
ok semua chiowwwwwwwwwwwwwwwwwwwww