My Blog

My Blog

Tuesday, July 17, 2012

-Create Post-


Salam..

Apa aku nak tulis ek, tidak ada apa sebenarnya just gatal je tangan nak update blog ini..sekarang aku tengah berdedikasikan diri means aku masih lagi di pejabat bertungkus lumus (yer ker?) menjalankan tanggungjawab sebagai pelapor Dewan yg berdedikasi. cewahhhhh...biorlah kan dah memang semua kitorang ni rajin...especially Unit Dokumentasi, Parlimen Malaysia ini. If tidak ada pelapor-pelapor yg cun-melecung semua ini susah Dewan hendak bersidang...ambik kau awal-awal aku dah memuji diri sendiri nampak sangat selama ni orang tak heran pun sapa ko kat Parlimen ini. hahahaha aghhh AAK!!!!!  Sebelum update lagi cer tengok gambar pelapor-pelapor dewan ni....



nama, nama awek2 cun ni tak payah sebutlah ya, sebab aku malas nak taip hahahaha



Ini sebahagian sahaja drpd kitorang sbb boleh dikatakan ada separuh lagi yg tidak ada termasuk lah editor-editor n bos-bos kitorang.

Aku masuk parlimen ini bulan 12 Tahun 2010.  Selama setahun lebih aku kerja kat sini aku rasa lain lah dari apa yg aku buat kerja sebelum ini tetapi ada tapinya....aku rasa bersyukur sangat sebab berpeluang kerja di Parlimen...dan kerjanya pun tidaklah susah mana cuma amat memerlukan kesabaran dan keusahaan yg jitu untuk mengabaikan rumahtangga buat sementara waktu memandangkan boleh dikatakan kitorang berada seharian di pejabat...Contohnya pernah kawan-kawan aku yg balik pada pukul 3 pagi memandangkan Dewan lambat habis bersidang...masa tu aku di hospital memandangkan masa tu Qisya masuk wad demam panas.  Tetapi itulah pengorbanan dari pelapor-pelapor dewan ini...dasyatkan...syabas betey......

Okey kita stop pasal office...sekarang sebut pasal nak raya...ikutkan dalam fikiran aku ni macam2 yg aku pk untuk menyambut raya kali ini...orang baru nak pose aku dah advance pasal raya...aduyai...opss sebelum aku termelalut yg lain aku nak guna minta maaf pada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....umat Islam di dunia ini yg terlibat atau tidak terlibat secara langsung dengan aku...sempena menyambut bulan yg mulia ini Ramadan Al-Mubarak....aku tau aku ni manusia biasa yg tidak lari drpd kesilapan...kalau ada yg bengang kat aku ke, sakit ati dengan aku ke, benci kat aku ke...sayang kat aku ke...tidak kiralah apa sahaja perasaan korang pada aku...aku nak minta ampun dari anak rambut sampai ujung jari kaki aku atas semua kesilapan aku pada korang.....ampunkan aku ek....sbb pagi tadi aku dengar tazkirah kat radio (wah dasat kan...) ustaz tu kata Allah itu bencikan kita kalau kita berbuat dosa sesama manusia....uishhh takut oi...apapun kalau yg tak nak maafkan tu x kisahlah janji aku dah minta maaf....

Story pasal anak2 aku...macam biasa...si abang long (Azim Naim) mcm biasa tengah relaks nak menghadapi PMR nanti...orang dah susah ati takut nak exam tapi dia relaks je...dah x larat dah aku nak bising suruh belajar...aku jer yg susah ati macam mana result dia nanti..bukan apa, kalau boleh aku nak jer masukkan dia ke sekolah sukan and hendak dia merasa duduk di asrama... tapi itu bukanlah tggjwab aku sebenarnya dan aku pun sebagai ibu tiri tidak ada hak untuk menentukannya tetapi as long as dia tinggal dengan aku so kejayaan dia samalah macam kejayaan aku jugak...cuma aku tak hendak nanti aku dipersalahkan jika tidak bertanggungjawab didik dia dengan betul...walau apapun aku cuba sedaya upaya aku menjalankannya...InsyaAllah selagi aku termampu...Tapi yg bestnya anak aku ni dah boleh harap jaga adik, boleh harap jaga rumah walaupun tidaklah menepati syarat2 yg ditetapkan oleh aku okeyyyyyy....

Abang ngah pulak (Nadim the naughty) macam itu jugalah...noti and also lazy...suruh belajar dia main2...kalau jaga adik boleh....tapi nanti gaduh je dengan adik dia...adik pun dengan Nadim asyik marah jer...x mcm dengan Abg Azim...takpelah....Kalau main bola...cepat sangat mentalnya...bila tidak dpt sumbat gol...dia emosi...marah-marah team mate dia...padahal dia main pun macam taik...ada hati nak marah2....apedaaaaaaaaaaaaa Nadim...

Si Qisya pulak sudah nampak dan mula menunjukkan kelasakan yg ketara serta mula untuk kepetahan yg tiada batasan...gigi baru 6 btg tetapi aduyai bisingnya mulut suka menjerit dan yg paling tak tahan sudah pandai melawan mama okey....geramnya aku...then bila kita marah dia...pandai pulak tu nak mengadu pada ayah dia....cehhhhhhhh ko ingat mama heran....sekali mama gigit jadi tarzan baru ko ada akai...Qisya dah cukup setahun 5 bulan...alhamdulillah setakat ini dia cepatlaa tangkap...tapi lasaknya ya amat...dengan memanjat, dengan menjerit, dengan mengadu, dengan mengada...macam2lah...hish kadang2 geram jer aku dengan dia....



So, weekend je aku mula lah bersilat segala jenis persilatan di rumah, dengan anak2 yg asyik nak bergaduh, dengan keje rumah yg tak pernah habis...dan melayan suami...(ish penting woo layan suami...) dengan menjadi cheerleader di tepi padang waktu anak2 boys main bola...dan macam2 lagi...cuma ketara perubahan aku ialah aku dah mula suka memasak...dulu asyik bagi alasan tidak tahu masak je tapi sekarang alhamdulillah aku dah pun menjinak2kan diri...barulah tau banyak safe bila kita masak...dan selalu rasa ingin mencuba resepi2 yg baru...walaupun aku xlah terror lagi tapi alhamdulillah berkat usaha aku call mak n akak2 aku, buku2 resepi, Internet....so aku rasa aku boleh lah jadi Masterchef juga satu hari ni tapi bukan masuk tv lah...cukuplah sekadar jadi masterchef untuk laki n anak2 aku je....hahahahah....janji belum lagi ada yg keracunan makanan....alhamdulillah...


Oklah kot cukuplah setakat ini aku meraban...aku pun nak solat maghrib jap memandangkan sekejap lagi nak masuk Dewan balik menjalankan tugas....layanlah gambar2 yer kalau sudilahhhhhhhhhhhhh

Chowwwwwwwwwwwwwwwww


Gambar aku dan Mr. jawss...masa balik kampung celebrate birthday Mak, Mr. jaws, Kak cik n Wo..(kash honam)



   Gambar semasa lawatan singkat kami ke Amsterdam...jelas2 kat belakang tu kat Dataran Merdeka je...hahaha

okeylah kot...cukup nanti orang muak kan....byeeeeeeeeeeeeeeeeeee

gambar pilihan kali ini...


                                  qisya the arumugam...makaseyyyyyyyyyyyyyyy

3 comments:

  1. Happy family story to read sis....;D qisya makin pandai dh...mcm2 dia wat kt mama ye ehehhe..lawak lah pakai rambut palsu tuh kak...kekkeke ;P

    ReplyDelete
  2. tulah fasal....mcm2 kerenah dia laa...xpe nanti bby boy juju lagi laa cepat kot...be ready ye dik....insyaallah dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete