Tajuk x boleh blah..tapi memang betul2 lega...heheh lega sebab hormon berubah cewah...yerlah satu ketakutan bagi aku sekarang ni..baru nak masuk 11 bulan maa...aduhai...masih terasa lagi susah payah aku kuar masuk wad...kena cucuk sana sini...kena tekan sampai senak nak keluarkan baby..hahah....
Apapun ini adalah ketentuanNya...kalau dikatakan jadi, jadilah ia juga...kalau bukan rezeki tidak adalah juga jawabnya...apapun niat hendak menambah lagi memang ada tapi tunggulah dulu kot..bukan serik bukan takut cuma macam2 jugak yg nak kena difikirkan....perbelanjaannya terutama sekali...memang anak2 pembawa rezeki...tetapi kita ada juga hak untuk merancang...tambahan pada zaman skrg ni macam2 sumenya harga nak naik...aduhai...bertabahlah wahai hati...
Yer lah nak dibezakan pengalaman mengandung/beranak Qisya n Thaqif adalah berbeza...feel anak2 juga berbeza..Qisya dari aku mengandung sampailah melahirkan senang sangat cuma...haaa ada cumanya sekarang prangai kengkadang melampau...biasalah kan budak2 nak membesar...dah nak sekolah pun tahun hadapan...
Mengandung Qisya dia dah ada 5 bulan dalam perut barulah aku sedar kehadiran bayi dalam perut...tiada alahan langsung...dan mcam mana boleh x sedar pun aku x pasti tp memang aku bersyukur sgt2 memandangkan aku menunggu lama hendak dapatkan anak...ada rezeki aku oleh Allah dan berbalik pada ayat aku di atas jikalau sudah KetentuanNYA maka adalah rezeki....Alhamdulillah Qisya x banyak ragam dari kecik smpailah sekarang sebenarnya cuma dia sangat lasak, sangat talkative...hinggakan kadang2 x terlarat nak melayan petah dia tu...n mcm2 yg dia nak explore...apapun dialah pencuit hati, dia lah juga kawan gaduh no 1 aku....tetapi kakak Qisya dah boleh diharap...sangat berdikari...x sangka cepat betul dia pandai sesuaikan diri....
Berlainan dengan Thaqif....kehadiran yg tidak dijangka juga...tapi aku happy kerana ada lagi zuriat untuk aku dan suami...bertambah anak aku heheh...mengandungkan Thaqif aku xde alahan juga tetapi aku ada penyakit kencing manis, dan diakhir kandungan juga aku keluar masuk hospital...dengan leakingnya...dengan cucuk insulin dan dengan pembedahannya juga...semuanya memberi pengalaman yg sangat2 berharga untuk dikenang sampai bila2....bertuah kerana Allah pilih untuk aku merasainya...
Thaqif anak yg manja...x boleh lah nak berenggang sikit dan kalau boleh nak kena ada depan mata dia jer...kecuali dihantar umah pengasuh pandai pulak macam redho je Mama tinggalkan...juga ada ciri2 lasak dengan lebam di sana sini....semua dia panjat, semua dia nak merangkak...smpaikan bilik air pun masuk phewwww...xleh leka langsung...
Apapun bersyukur atas kurniaan yg tidak ternilai ini...membuatkan diri lebih matang, lebih rasa tanggungjawab, lebih mahu mencuba sesuatu yg baru demi mereka dan seribu satu rasa lagi...apapun mereka yg ingin didahulukan,..apapun mereka yg diutamakan...alhamdulillah aku tergolong dalam golongan itu....
Dah panjang sangat rasa aku membebel...cukup lu semoga hari2 yg mendatang akan memberi lebih kebahagiaan, keceriaan InsyaAllah...